Thursday, September 27, 2012

NYESAL dahulu pendapatan NYESAL KEMUDIAN GERAM SENDIRI .

okai  . rse malas nak ade mukaddimah bagai . memang geram lain macam hari ni pagi ni . okai cerita menyesal sebab banyak boifie b4 tunang . memanglah siapa kita kan nak tolak orang dah jatuh cinta at kita . kita yang konon merase diri tu banyak sangat kasih sayang sanggup memberikan semua kasih dan sayang tu kepada semua . bila dah tunang, ramai lah macam dengki iri hati busuk hati semua . pagi2 bukak fb ..bukak inbox ... ade satu msg berbunyi begini .

salam
sy dpt mesej dr ana..kata awk mntak tlg remove picx korang...frankly,i dont like this....
awk n azreen pnah couple...and now xde pe2..sy rasa sy xpernah amik tahu pun...termasuk kes adik
angkat awk kate awk dh de lelaki lain selain azreen.
so,better you solve your own problem..unless
my brother asks me to do so..then i'll do something.
this is not proper..
lagipun until now,die xde pun suruh sy log in account die...
so,please talk to him first..ok.
n seriously i dont like to get involve in your matters...

n...b4 that..make sure dah delete mira's pictures since all of our family

members don't like it. klau dh..tq so much.ok.
salam.


nie mesej dari si kakak ex la... marah pulak kita mintak tolong . niat aku mintak tolong tu sbb aku kesian kalau2 ex aku tu nanti ade gf, gf dia bukak fb dia, ade pic2 aku dan dia . . . kesian gf dia...kesian jugak kat ex aku nak explain panjang lebar pasal retisss yg tak cukup famous nie . jadi niat aku baik kot... memandangkan aku bukan jenis bercakap kasar, aku cakap slow2 lah . aku reply baik2... aku nie memang jenis panas baran pun .tapi tidak lah untuk bermaki-makian di fb . sebab memang aku nie dikira lahir tak menyonsanglah .so boleh berfikir dengan baik dan rasional lah ..bukan EMOSIONAL . nie masalahnya nak mintak tolong aje pun...

okai yang buat aku rasa lagi nak marah n nak cekik adik angkat tu . aku rasa macam biadap aje apesal pulak lah adik angkat celah mana nie boleh plak menkantoikan aku ade bf lain selain ex nie . relexlah...bercinta jaraj jauh normal lah tu.... aku memang suka ade boifie banyak2 . memang jenis camtuh . mana nsem aje jadi boifie aku . eh!hidup ini untuk memilih okai . salah ke kalau aku buat pilihan dalam menuju kehebatan anjakan paradigma ni . sebab tu apa adehal kan kalau boifie2 aku kerja jauhlah xdapat jumpalah . sbb memang aku xkan jumpa semua kot...

itu perangai sebelum bertunang . tapi bila dah bertunang , aku rasa how sweet bercinta pada seorang insan . mesej n call hanya untuk seorang insan  . . memang rasa geli ketiak korang kn? tapi hakikatnya memang sweet bial kita SETIA  . Alhamdullillah .... okai . sekarang macam taknak marah2 sangat sebab dah baik nie iwa dan raga . istifar yang..istifar... ...

Sunday, September 23, 2012

Mula lah BOSAN .

Hye morning all... :) sekarang masih dduk di rumah kerana 1 hb baru masuk kerja . sementara tunggu konvo perlulah kerja bagi mencapai duit dalam poket sendiri . kesian lah mak ayah duit topup pun nak bagi . hik3... kalau nak ape2 mintak mak ayah lagi . jadi dengan kesedaran yang cukup tinggi tu aku dengan baik hati rela hati mencari kerja . hik3.. pasni sapa nak melaram dengan emas boleh lah cari aku okai .
Selain tu sebab munasabab kena cari kerja jugak adalah BOSAN TAHAP CIPANZIII  . yelah dduk umah seminggu dua...sebulan okai lah kan ..nie dah 2 bulan dduk umah , perut pun dah macam tayar spare treler . sebab mak asyik masak . aku tukang rasa merangkap tukang tambah nasi . manalah badan tak macam tayar ye dak?? jadi bila dah kerja nanti bolehlah mencapai kurang berat badan seperti dahulu kala . kalau turun 50 kg balik pun kire okai dah . xpyh lah nak berangan turun sampai 45kg kan...50 kg pun rasa dah berjaya sangat tu . jadi kawan2 semua kena doa kan aku ari2 xde lah nafsu makan macam gorilla nmpk orang okai . masalah bile berat mencecah 59kg nie adalah malasnye buat ape2... tapi untunglaaaa.... 59kg pun ade orang suka . haaha. suka ke? ntah . tapi dah kena panggil sayang kire okai lah tu.. hik3... :)))

Friday, September 21, 2012

Counting The Day ,,,

how serius benda nie? but aku rasa it is a best end of relationship . THANK ALLAH TO GRAB ME HERE. please give your du'a for us . amin .

meniti hari bertukar status kepada yang lebih menjamin kehidupan nanti . semoga dengan restu ini lancarlah perjalanan kehidupan akan datang . amin.

Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin.
Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.
Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran.
Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk bersentuhan, berciuman dan sebagainya.
Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

aku copy and paste aje lah . tak laratlah nak taip satu2 kan . :)
Read more: http://pemaniskata.blogspot.com/2011/11/apa-beza-cinta-sebelum-selepas-kahwin.html#ixzz26K8Cgs9m

Thursday, September 20, 2012

siapakah dia??

TUNANG . rasa kekok giler . act hingga kini tak percaya dah bergelar tunangan orang . . . siapa sangka jodoh kan ,. ingat drama aje ke orang tua jodohkan ? seriously kami merupakan anak yang tak pernah mengetepikan impian harapan orang tua . demi mengeratkan lagi ukhwah kedua famili, kami disatukan dengan harapan kami dapat adapt benda baru . ilmu baru . how seriously??? yea . kami tidak pernah bercinta . hanya setakat mengetahui dia anak bongsu kepada pasangan itu . yea dia tahu aku adalah anak kesayangan pasangan ini . tapi kami bukanlah pasangan bercinta seperti orang lain . kami merupakan pasangan yang bakal berkahwin tahun depan dengan pilihan orang tua dan solat istiharah . bila tak bercinta, perlulah meminta petunjuk Allah . yang mana kita serahkan pada dia jodoh pertemuan kita . okai . berbalik semula cerita kami kini dalam tempoh berkenalan . dia belajar aku suka apa . aku belajar dia suka apa . dia cakap abang sayang . aku cakap yyang sayang abang . okai , memang kami sedang belajar bercinta . belajar menghormati kerja dia. memahami jadual kerja dia . sebenarnya 6hari nie kami masih awal dalam bercinta .masing-masing still tak percaya kami dah bertunang . bangun pagi tengok cincin baru ade 2 kat jari . tengok hp ade pic tunang kami .beru perasan dah bertunang . kiranya jodoh kami merupakan urusan orang tua dan melalui solat istiharah . selebihnya bukanlah kami yang pandai2 . aku tak sangka akan bertunang seawal ini kerana aku pun baru habis stdy .
KENAPA ADA PIHAK YANG TIDAK DIJEMPUT ???

sebabnya ialah memandangkan aku baru shj menamatkan pengajian mana ada duit banyak kan nak support duit makan ke cenderahati ke kan . . . jadi aku hanya menjemput orang2 terapat . yang mana pada aku memang close gilerlah . as long as ade lah wakil dari banyak tempat ...dan aku pula memegang kata2 seorang ustaz yang mana mjlis pertunangan tidak perlu diheboh2kan . bagi mengelakkan bila jdoh tidak kesampaian akan ada aib yg terbuka . aku dan tunang memilih untuk menjemput keluarga dan sedikit kawan baik . begitulah ceritanya ... tapi mulut orang kalau nak terbuka dibuka jugak . . . jadi memilih untuk mendiamkan diri shaja
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan/hebahkan) tentang perkahwinan”
(Hadis Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu’anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Monday, September 17, 2012

Alhamdullillah kini TUNANGAN ORANG

Bismillahhirrahmanirrahim. dengan nama Allah yg pemurah lagi maha penyayang . 16sept2012 selamat sudah majlis pertunangan aku bersama insan yg tak pernah aku cintai dan sayang . but jodoh siapa yang tahu . menolak pada usia 17tahun and end up kami disatukan pada usia aku 22tahun dengan ikatan pertunangan . how is suprise sbb nya kami mempunyai perancangan hidup masing2 . tetapi sebaik-baik perancang adalah ALLAH SAW. Dialah pengatur terbaik . so nanti cerita lain . cuci mata dulu okai .

okai dah kena sarung cincin bermaksud kena setia lepas nie  . :p

okai muka sudah disolek bermakna kena steady aje .

sepupu yg solekkn n orang kuat :)

hantaran dr pihak perempuan .

hantaran pihak lelaki


with tunang .







Tuesday, March 13, 2012

PERAK ----> PENANG


plan pergi lepas tu tak jadi pergi sebab kelas
tapi akhirnya pergi jugak sebab si sekor nie dah merajuk.
tahanlah amukan aku sebab jaga hati dia.
yela.org nak kwen nie sensetip.paham tu.
sampai nak calling atiqah pun tak jadi sebab dah lewat sangat buat keputusan.
sekor nie pulak tak reti sabar xjumpa esok pagi.nak malam tu jugak amik.
sedangkan aku penad meround BB n OU dengan kengkawan.
gigih balik jugak sebab sekor nie dah tercegat kat pintu SEROJA.

Dalam kereta aku potpet2 aje sebab marah sangat main paksa2.
lepas tu okai sebab kena pujuk .okai lah.
baikla dengan bakal penganten nie kena elok2 la cakap.
tydo 1 malam kt umah kak erin pastu awal2 pagi gerak IPOH.
dalam kete aku asyik teman dia bercakap aje.
sedih kan lepas nie da jauh dah masing2.
ketawe terbahak2.buat lawak macam2.
teman dia n kak feesa shooting outdoor.
lepak giler badan aku.


semua selamat dengan sekali lafaz aje.
mas kahwin 1001ringgit tunai.
gigih dia sensorang susun duit dlm frame.
aku pulak bz dengan bunga paha.
dah nak masuk tido tu guling2 kejap
sekor nie buat onar suoh teman jenjalan kat ipoh.
layankan jelah...tapi tetap risau.

isnin tu gerak ke penang .jenjalan dengan famili abg mamat.
keluar jenjalan. beli barang bole tahan banyak jugak !
gerak balik kl b4 balik uitm

konklusi :
PENAT+SEDIH+STRESS

Mana tak sedih kalau orang kita rapat dah kita kena ade gap walau seinci. 
abg mat jangan lupa yang okai!



dyra. adik bongsu abg mamat . 
kawan aku lah sepanjang majlis tu


Wednesday, February 22, 2012

HASIL TITIK AIRMATA

uitk.setelah sekian lama menunggu result gempak sem5,akhirnya....
Alhamdullillah.keputusan gempak jugak aku dapat.meningkat lagi dari result sem lepas.
seronok lah!dapat hadiah byk...heeee....ptptn insyallah dah bole wat muka masam mencuka
sebab aku bayar ptptn separuh. hahaha...kalau sem depan pointer naik lagi, harap sangat pointer 
sukses lagi. biar tak payah bayar ptptn langsung.ekekeke...jahat kan? kenalah berniat begitu supaya
ayah takhold hadiah myvi dia.ekekeke... 

dengan penuh debaran bukak email pagi2 kat opis. 
terus tengok gpa. yeyh!naik! okai da bajek cgpa pun mesti naek jgk nie.
sekali btol. okai. tahniah pada diri sendiri.

act, semester 5adalah satu tempoh beberapa bulan aku byk sandang jwtan sbg leader.
macam2 masalah melanda di organisasi.kena tipu bagai. keluar duet pun byk sbb byk kije luar.
tapi alhamdullillah dengan bantuan kekasih2 tepi yang banyak membantu dan menyokong.
sedikit sebanyak ia berkurang.

sepanjang kesibukan dengan assignment dan kerja kursus,masalah cinta juga tak ketinggalan.
menangis,meraung,menderu,teresak2,dan terjerit pekik pun terjadi.
semua aku lalui kerana kehilangan org tersayang.
tapi kerana kekasih2 tepi yang tak jemu ade di sisi,
cik intankinah,cik nynayuna dan cik nidapis .
mereka lah yg setia menemani.
ketawe2kan diri.meniupkan semangat untuk terus bertahan.
menemani ke klinik sbb mata dah tak nampak.
amik ubat macam2 sbb sakit pulak.
sentiasa tido di sebelah sepanjang satu semester tu.
cik nynayuna yang menjadi pendengar setia.tukang marah.tukang usap badan.
semua lah mereka bertiga uruskan.dorang jugak mintak untuk teruskan sbg leader
mintak jangan campur adukkan masalah peribadi dgn kerja.
dan berhasillah semua subjek yg memerlukan aku sbg leader , kami lulus dgn jayanya.

sorry kawan2 yang banyak bersabar dgn kerenah aku yang byk menangis.
sensetif manjang.terima kasih banyak terus bersama.
sayang korang..

buat kak pyca yang selalu berbual di googletalk. rajin call...bawak jalan2 masa aku cuti.
belikan aku makanan sedap2.
siap masakkan untuk aku.lauk aku nak makan semua dimasakkan.
terima kasih banyak2.

buat mak ayah yaNG tak putus2 mendoakan dan menyokong aku dari belakang.
sentiasa beri yang terbaik bagi duet shopping banyak dua bulan lepas putus cinta tu.
mak ayah yang hari2 call tanya kabar.
tanya study.memang mak lah banyak mendengar.

buat kakak kesayangan, pn zaleha yg topupkan,
tukang marah.tukang korek rahsia.
semualah dia and abg ipar yg mainkan peranan.
semua terbongkar kerana banyak mata dan mulut sampaikan kt dorang.
tq! mungkin perpisahan ini satu kejadian yg sepatutnya.
terima kasih krn terus menyokong.
buat akak yg pandai2 rekemen sorang kawan nie.
terima kasih jugak kerana dia cukup baik,cukup penyayang.
yayang menikmati rahsia terlalu disayangi kini.ALHAMDULLILLAH.

buat kekasih2 tepi yg sentiasa mendoakan kejayaan yayang.ubati dari kelukaan hati.
yayang ucapkan ribuan terima kasih.kepada keluarga ex, terima kasih krn masih menerima diri ini.
puan ibu yg selalu bersama. sentiasa berada di talian . kak capa n abg pul yang sudi lagi terus bersama.
mesej and call....terima kasih. cukup untuk mengubati hati walau sebenarnya tak cukup lagi.
terima kasih krn menerima dri yang hina ini dalam kehidupan korang. YAYANG RINDU ZAMAN BERSAMA.

buat sang ex kekasih, terima kasih krn menjadi org tengah dlm dugaan yg ALLAH turunkan utk saya.
mungkin kalau bukan awak penyebabnya.saya terus alpa dgn kehidupan ini.
terima kasih byk.saya doakn awak bahagia dgn pilihan hati awak.doakan jugak utk kebahagiaan saya.
harap perpisahan kita ini satu tempoh masa utk memilih pasangan yg baru.
saya kini telahpun berpunya.doakan semoga pengganti ini samalah cara layanan awak dulu kat saya.
layanan awak sebelum mengenali DIA. amin. ;))

ALHAMDULLILLAH...... SEM DEPAN HARAP SETTLE SEMUA. AMIN.