Friday, December 30, 2011

A lots of memories =)



ehem.lagi bape jam je pun 2011 bakal kita tinggalkan.
bermakna tinggallah semua kenangan aku dan dia . aku dan mereka.
tak nak cerita banyak2.
semua nie satu noktah.
dan perlu dimulakan dengan cerita baru.
aku hentikan setiap cerita 2011 untuk aku bangkit bersama cerita baru di 
2012 nanti. aku tahu aku rakan airmata pada tahun 2011 tapi aku genbira.
aku bersyukur sebab aku diduga lebih awal.
dan aku tahu ALLAH MAHA MENGETAHUI dari sesiapa.
tinggallah 2011.
semoga kau abadi nanti.
jumpa 2012 untuk hari2 yang lebih indah dengan derai ketawa pula.
memang kena ketawa sebab 2012 tahun penamat sebagai pelajar ijazah sarjana muda.
yeyh!











  pic 4feb 2011










pic bulan april macam tu






pic bulan 5 kot.

.








pic bulan june . pic last dpt kuo mlm bersama.









kad ucapan bufday aku wat sendiri . even buruk giler!






pic raya terakhir la kami berdua .










ini kawan rapat aka scandal la kot.
my munchuk.
dah break pun.
hahahhahaa~

p/s : bubye 2011....pergi!pergi!pergi! nak hidup aman damai sekarang ini.daaaa~

Wednesday, December 21, 2011

Status FB



naek status beransur gembira.tenang.bahagia.
supaya orang lain tak tahu apa hati kau rasa.
pedulikan apa orang cakap asalkan kau tahu siapa kau.

tutup mulut mereka dengan cara kau.
biar diam tapi akal kau tidak mati.

Sunday, December 18, 2011

BROGA HiLL 2nd time~



pergi lagi BROGA HILL
dengan orang lain pulak . . . 
horeyh!!!

penat tapi seronok even kaki berdarah sikit.
jumpa jodoh tak lagi.
hahahahaa


Friday, December 16, 2011

ade aku kesah ?



banyak pun gulpren kau 
aku peduli ape.
aku suka jek nak berkawan.
kau mesejlah menggila sayang ke hape.
aku cuma anggap kau kawan.
awek ko message aku pun aku anggap dia kawan.
sorry lah kalau aku cuma anggap kau kawan.

Saturday, December 10, 2011

Macam dah TERJATUH CINTA!!!




seronok.
dan aku tak reti nak cerita lebih panjang.
dan sebenarnya telah jatuh cinta.
hahahahaaha.
dan di pihak sana adalah mempunyai hati yang sama
seriously, aku pun tak percaya
patutlah kemain famili beriya suruh teruskan.
rupanya ada cerita di sebalik persetujuan tersebut.
terima kasih sebab datang.
menjadi pendengar setia
dan aku pun tak percaya.
jumpa kita di terminal larkin nanti.
=P.
sayang awak saya tak dapat nikmati.
tetapi dari jauh saya dapat rasa.

Friday, December 9, 2011

Rindu






anak sedara dia pun dah tnye2. 
nak datang macam mana udin
pak itam dah xde
akak nak pegi sana pun xingat jalan
sabar.
ada jodoh nanti kita jumpa.

Bahu





terima kasih si bahu 
terima kasih kerana meminjamkannya kepada aku
serius berterima kasih
kenapalah teruk sangat malam tadi menderunya
yelah nur hidayah
ko memang selalu buat aku nangis
sampai aku kena pinjam bahu orang nie
malu tau!
tapi nak cane.
lepas ko call dia pulak call
pelik jugak aku
tapi aku pick up jugak then terus meraung dengar sore dia
dia pun terkejut dengan sore demam dia tu
hahahahahahaa
bila aku cakap aku nangis sebab apa.
terus dia marah
dammm!!
aku kena marah.
iskkkk....
nyesal nanges dengan dia
siap tu cakap "abg....yatie nak pinjam bahu"
hahahahahaha
okai.dia bagi tapi kena marah.
kena marah terus diam.
baik betol aku dengar cakap.
lepas dah diam tu aku dapat ceramah FOC
memang dia marah sangat2.
siap ugut lagi tu
okai lah xnak nangis sebab tu lagi.
dan bahu tadi sangat berkesan.
sayang plak kat bahu tu.
esok lusa tulat kalau ak nanges bole pinjam bahu tu.
tapi tinggi risikonya kena marah lepas nanges.
padan muka aku.
hye bahu!!!
sayang kamu~~












dan malam tadi memang bahu tu berkesan sangat.
semua angkara nur hidayah
si sengal buat aku melalak.
dan aku tetap sayangkan ko dayah!!

GEMOKKK!!!




Badan dah gemok memang kena kurus.
petang-petang kena jogging.
tak dapat jogging pagi 
petang aku langsaikan.


Thursday, December 8, 2011

Terubat rindu.




berbulan jugak pendam rasa rindu.
sejak kejadian tu jarang sangat nak call si dia.
rupanya dia jugak rindu
sorry sayang saya xtahu.
kalau saya tahu awal2 saya call
dan terubat sangat rasa rindu bila dengar suaramu ta
banyak ceritanya.
dari cek darah.sampai cerita mak janda umo 74 kawen dgn duda umo 70.
kemain banyak rupanya cerita aku tertinggal.
dan bila bercerita tu terlupa rupanya aku nie pakai prepaid.
lupa mintak sugar glider tuko plan jd postpaid.
hahahahahaha
lepas nie bole request kat sugar glider untuk tuko postpaid
supaya senang gayut xpikir kredit.
hahahahah
dan sememangnya terubat sudah rindu itu.
ciuman tadi rasa melekat kat pipi.
terima kasih.
terima kasih sayang.
terima kasih ibu.


















bercerita banyak dengan puan ibu.
rindu sebenarnya.
nak jumpa entah bila.
tapi walau jauh.
walau hutan dah jadi bangunan pun
aku tetap sayang.
terima kasih ciuman tadi.
yang pun selalu sayang ibu.
selalu....

UJian atau Anugerah ? ? ?

sekarang aku sendiri.
tapi esok lusa aku berdua.
tak sendiri lagi.
sebab aku tengah tunggu kelahiran baby boy anak daripada hasil kasih sayang mereka.
aku orang paling teruja.
sebab kakak adalah sahabat terbaek aku.
walau kadang2 kakak suka buat aku menangis.
suka nak marah2 ikut dan dia.
suka sangat kutuk2 apa aku buat.
suka sangkal apa aku buat.
memang dia sangat suka bantah apa aku buat.
tapi aku tahu dia sayangkan aku.
kalau aku kena tikam dengan sapa2 pun
dia boleh cakap :
heyh ! nie adeq aku...ko nak tikam dia,tikam aku dululah weyh.
ok.kakak aku gengster bagi aku.
aku memang serammm dengan dia.
kalau jumpa kawan2 dia aku rasa aku macam kat dunia lain.
kadang2 kakak aku nie pikir aku nie malaikat turun dari langit.
dia suka kata aku ustazah.
baik2. jauh dosa.
tu memang ayat kakak aku.
tapi sebenarnya aku.....
hahahahahahahahaa~
xtahu dia yang kawan2 aku lagi macam2.
aku rasa kalau aku kenalkan dia kat kawan2 aku, aku rasa kakak aku boleh pengsan.
ye! kadang2 aku tengok kakak aku nie nak jugak amik port kalau aku keluar.
tapi tak kan lah nak bukak pekung di dada yek?
so, kalau jumpa kawan2 yg xsepatutnya diperkenalkan kepada kaum famili,
aku selesa keluar seorang.
drive sorang2.


oh!
balik kat cerita asal.
kakak aku bakal bersalin tak lama lagi.
dan time tu aku akan pastikan aku adalah makcik paling busy
menguruskan kelengkapan kakak nk mandi.berparam, bertungku.
kemain.
dan aku jugak lah orang yang akan tarik kuat-kuat bengkung kakak aku sampai dia terjerut.
hahahahaha
doktor kata kakak bersalin bulan 1
tapi aku rasa kakak aku bersalin bulan nie.
mungkin pertengahan bulan or akhir bulan.
aku xkesahlah.
janji bersalin.
dan aku paling exsaited yea.
sebab aku memang orang paling sebok menguruskan keperluan baby .
hahahahahaha
aku memang exsaited.semualah aku exsaited
dan kakak nak pilih baju anak dy pun aku yang sebok2 pilih warna dia.
hahahahahahhaa
sebab aku memang exsaited!
dan kakak xpernah bantah.
dia ikutkan aje.
kakak baik.abg ipar mestilah baik sama.
abg ipar pun suka manjakan aku.
dan aku adik ipar paling rapat dengan dia.
semua aku nak dapat.
hp nokia 2700 classic nak tuko kepada sony ericson android pun dapat.
korang hade?
xde kan ? 
sebab abg ipar aku memang sporting.
hahahahahahahaha~
kalau aku balik dari shah alam, abg ipar memang dah cop aku awal2 nak ajak kuo makan.
hahahahahahahhahaa~
pilih lokasi, nanti pas abis kije dia terus amik kitorg bawak g makan.
dan sekarang abg ipar suka tengok wayang.
dan aku pun tukang booked tiket.
memang kan ?
kalau orang2 rapat dengan kita,
kita xde pakwe pun kita dah cukup bagus.
dan masa ada pakwe dulu pun pakwe kata pakwe risau kalau2 xboleh bagi macam famili aku bole bagi.
tapi masa tu tengah sayang kan ?
jadi aku ignore jela.
nie dah putus pun aku tetap ingat dia cakap.
dan aku tetap cakap famili dia baik ++ bgos.
dan aku akan selalu rindu dorang.











si kakak kecintaan















si abang ipar kesayangan








puan ibu yang menjadi idola.
incik abah yang sporting moting.
kekasih2 saya yang buat saya sayang.
thank you my dearest ex parent in law
dan yayang tetap anak abah n ibu

Wednesday, December 7, 2011

SAKIT



sebulan lebih dah kot mata nie sakit.
serius sakit.
kadang2 tu sampai xnampak.
baru hari nie nak pegi jumpa doc kat Pusat Kesihatan Uitm 
kekasih2 3 org nie memang peneman setia la.
dari daftar sampai amik ubat dorang teman,.
tq korang.sayang korang

memang sejak2 dah sorang nie aku nye antibodi lemah.
aku pun xpaham.
aku pun jenis malas amik port sangat.
pikir kerja jela kan.
memang assignment xpayah cerita.
kemain banyak.naik stress plak kalau pikir.
kadan2 tu sampai tengah tido pun boleh terjaga dek pikirkan assignment .
ngeks tol!

aku masih macam nielah...sorang-sorang lagi.
seronok jugak sorang2.
topup selalu txboleh guna sebab tamat tempoh jela.
hahahahaha~
lepastu cas hp pun bila2 boleh.
then, hp pun boleh lah campak mana2 suka.
cuma sebab sorang bro2 nie sound2 aku kan,aku jadi alert jgk la dekat hp nie.

lagi 2 minggu nak abis semester 05...
lepas tu cuti 3 bulan.
lepas tu sambung degree o6 pulak...
lepas tu...boleh lah senang lenang tunggu panggil konvo.
cewah!
lepastu bolehla duduk rumah solek...solek...make up..make up tunggu orang minang.
hahahahah~
mana bole!
kena kerja.bayar ptptn yg ade rm 27500 tu.
ada aje orang nak bayarkan.
tapi taknaklah.
aku guna duit tu.
biarlah aku bayar.
hahahahahaahahaha~
untung jugak yea belajar kat uitm nie.
tempoh 4 thn belajar hutang ada banyak tu aje...
okai. mahu tidur kejap. bye...

ubat dari farmasi uitm..
makan. sapu. 
hahahahaha~

3 HATI.



bukanlah sombong or riak kan.
mentang2 orang suka maen reject gitu aje.
tapi sebenarnya aku masih setia.
yeuuwww...
nak muntah seyh.
hahahahaaa
maaf awak yg pertama.
awak nsem.muka memang comel. duit pun tebal. famili pun baugs2.
tapi saya xboleh terima awak sebab saya xsedia lagi.

maaf awak yg kedua.
awak memang baik.
awak memang selalu ade 25jam dengan saya.
awak memang macam ex bf saya.
awak pun percayakan saya sgt2 sampai fb awak pun awak bagi saya bukak.
memang saya hargai awak sangat.
saya tahu awak kecewa.
tapi saya memang tak boleh.
bukan belom boleh macam awak cakap.
tapi memang saya tak boleh.
saya pun tak tahu kenapa.
tapi terima kasih wak...awak banyak tolong saya untuk kembali semangat.
saya sayangkan awak macam saya sayangkan abang saya aje.

maaf awak yg ketiga.
saya tahu gaji awak tu lebih besar dari jumlah ptptn saya 1sem tu.
saya tahu awak mampu buat saya ceria sampai bila2.
saya tahu awak akan jadi khalifah yg baik untuk isteri n anak2 awak tu.
tapi isteri awak tu nanti bukan saya.
saya tahu ilmu agama awak tu banyak sangat.
awak memang lelaki idaman wanita kat luar sana
tapi bukan idaman saya awak.
saya nie apelah sangat.
orang biasa2 aje.
buat kerja pun sembrono aje.
saya tahu awak tunggu saya.
saya tahu awak nak saya pelengkap hari2 awak.
tapi saya memang belom boleh ada pengganti dia.
bukanlah sebab masih sayangkan dia.
tapi saya nak belajar menyayangi diri saya sendiri.
saya nak turn back to HIM yang selama nie saya abaikan kerana cinta kpd manusia tu.
saya nak berubah jadi wanita yg solehah.
saya nak cuba jauhkan diri saya dari kesilapan lama.
cukuplah Allah mendidik saya dengan kekecewaan
saya nak jadi anak yang baik.
saya nak bagi mak ayah saya bangga dengan saya.
dan saya tahu awak banyak bagi dorongan dekat saya selama nie .
terima kasih banyak.
saya hargai sangat2....
INsyallah kalau ada jodoh kita. jumpalah kita nanti.

MAAF kepada pihak ke4...

saya xtahu saya letak awak di mana. saya lupa kalau awak pernah ada.
tapi percayalah 5kali sehari saya ingat awak.saya doa kt kekasih saya untuk murahkan rezeki awak,
permudahkan urusan awak. berikan awak bahagia yg mutlak.
jauhkan orang2 yg dengki kat awak...saya doa jugak biar awak dapat membantu ibu untuk saya nanti.
awak! silalah pergi dari kehidupan saya supaya saya xterus derita. maaf...saya masih bersedih.


Sunday, December 4, 2011

Biarlah AKU SENDIRI . . .



terima kasih banyak - banyak kepada hati2 yg baik hendak mendampingi.
maaf. bukan aku tidak sudi.
tapi aku sedang dalam proses merawat . 
biarkan aku sendiri dulu supaya aku tidak dijangkiti lagi.
dan kini biarlah mempaksikan kepada diri sendiri.
terima kasih banyak.
cukup sudah luka hati.
cukup sudah ujian hati.
terima kasih Allah kerana datang menguji hambamu ini.


salam manis 
bidadarikechik.