Salam kengkawan . selamat menjalani ibadah puasa yea...
kesibukan dengan dunia kerja membuatkan tidak kerap menaik entry di blog cantik nie . bukanlah sengaja tapi memang tak sengaja . sepanjang puasa nie aku kerja macam biasa dan kehidupan sama busy macam dulu. tahun nie tahun pertama aku berpuasa dengan status TUNANGAN ORANG . alhamdullillah sepanjang menjadi tunangan mohamad fairdh tiada apa2 masalah . walaupun jarang berjumpa tapi ia lebih manis . menghormati hak memasing saling menjaga saling merindu. tapi disebabkan dah bertunang kan mestilah ada bersahur dan berbuka bersama ahli keluarga dia dan dia sekali . time nie tengok omel2 muka tunang kita bangun tido . comel sgt dia pakai kain pelikat dengan baju pagoda tau .perasan dia punya janggut makin panjang dan lebat . dalam hati tu nak request mintak buang macam bertunang dulu . tapi TAKOOTTT... hhhahahaha...
21hb dia ambil aku balik kerja dan kami berdua terus bergerak ke rumah mak zahraa kita . before tu shopping sikit lauk pauk dkat kipmart . beli barang juadah berbuka memandangkan adik beradik dia pun balik cuti sama. seronokkk!! even before jumpa tu ada isu kami bangkitkan tapi sbb memasing nk gunakan masa yg ade untuk benda2 yg manis , isu tu dibiar aje... hahahhaaha. tula penangan orang kerinduan . hahaha. plan macam nak beli sikit aje tapi bila dah banyak makanan tu kan duit pun keluar macam air. hikhik.
sampai rumah mak zahraa pukul 7 macam tu .lagi 20minit macam tu nak buka . dapatlah kami duduk berbuka sama2. weeee..... seronok tau! tahun lepas pun kami berbuka puasa bersama. cuma bezanya dulu dapat jemputan berbuka sbb mak zahraa nak rapatkan hbgn kami yg kononnya retak menanti belah tu . lepas majlis berbuka puasa tahun lepas lah kami terus bertunang . memang tibe2 sgt . entah2 masa tu dia ade gulpren ke... ape ke... tapi bila mak zahraa , abah dan adik beradik yg lain macam merestui aku sbg pedamping dia, dia terus bersetuju lah . berapa minggu tu terus buat persiapan majlis pertunangan .
memang bulan ramadhan bulan yg barakah . ;)
tahun nie tahun terakhir aku dan dia beraya dengan status single . lepas nie persiapan raya aku ditemani persiapan untuk sang suami pula . eksaited! weee..... in sya allah baju raya kami sedondon tahun nie . heeee.. tapi percaya tak aku xde prepare ape2 untuk si dia .kesian kan? maluuu laaa... hahaha. tapi aku tak malu ngorat dia . hahahah
sepanjang hari ahad tu *oh lupa bagitau aku dah dapat cuti hari ahad.dapatlah dating2 dgn tunang kita tau . gaji pun dah naik... heee....3 bulan kerja 3 kali gaji naik . mampu ? alhamdullillah.... heeee...so, sepanjang hari ahad tu kami kami sibuk seharian sampai tidur xsedarkan diri penat mengecat rumah si emak mertua . mak zahraa pun semangat mengecat sbb reramai tolong dia...hehhehehe.... tunang kita panjat tinggi2 tu kita takot dia jatoh tau . sayangggg sgt2 kat dia tau . kejap2 jengah tunang atas bumbung . hahahahaha..
tapi kalis kalis nak curi tengok tu sebabnya malu punye pasal . tapi bila nampak tunang kita turun dengan selamat tetibe bibir boleh senyum kambing .heeee...*serius gatal pada diri sendiri . hahaha
so dah malam nie setakat ni lah bual bicara gatal saya . iloveyou syg... muahx! <3