hye!lama tak jumpa . hye!hye!hye! 16 september 2013 . genap aku setahun bergelar tunangan kepada MOHAMAD FAIRDH . *insan yang ditolak banyakkkk banyakkk kali . tetapi xlama lagi dialah pengikat hati dan janji . 5 tahun menunggu dan jawapannya PASTI . kita PASTI BERSAMA . yeyh!nak kawen dah dengan abg fairdh . *dulu aku panggil dia abg fairdh . sebab dia tua 5thn dari aku . tapi sekarang pangkal aje panggil sebab dah jadi 'abang sayang' .teheeee... <3
syukur syukur . sepanjang bertunang . jadi tunangan dia . ALHAMDULLILLAH... Allah masih sudi menguji kami . bagaimana kami tidak kerap berjumpa . kesibukan kerja yg menghimpit masa . kepayahan sistem komunikasi kerana komitmen . syukur syukur lagi sebab Allah bagi kami menikmati dunia percintaan yg MAHA MANISSS.... kenapaa aku cakap maha? sbb aku sangat senang dengan cara begitu . at least aku dan dia ada masa untuk buat persediaan diri . mental . fizikal . memang aku meraung nangis guling guling jugak sebab dah lamaaaa tak tengok wayang . dah lama tak jalan2 kat taman . dah lamaaa tak pergi shopping . dah lama tak pegang tangan . dah lama tak snap pic berdua ... semuaaa dah lamaaaa.... tetapi bila aku join usrah . sibukkan diri dengan baca buku islamik, aku baca tentang bagaimana menjaga hubungan berbeza jantina, aku jadi paham . jadi sangat memahami.. aku patut bertuah sebab tunang aku jaga aku . tunang aku didik aku . tunang aku kurangkan dosa aku . lepas tu barulah aku tak merungut . hahaha. tetapi as a normal manusia muda . mudalah dari tunang aku , memang kita pikir enjoy . aku tak cakap ex aku dulu dulu tak bagus . bukan . dorang semuaaa bagus . dorang ade keistimewaan tersendiri . tapi cara mereka berbeza . Allah nak uji akulah tu . Allah nak uji iman aku lah tu . sebab tu aku terleka .seronok buat dosa . seronok enjoy tanpa pikir masa depan . dalam hati nak ada suami yg soleh . solat tak tinggal . takde gulpren . tapi hakikatnya aku jaga ke semua tu dulu? ALLAH tu BAIK . MAHA BAIK . Dia masih bukak pintu taubat untuk kita . kenapa? sebab kita masih ada masa untuk berubah . berubah yg bagaimana? berubah menjadi baik . mungkin sebelum nie kita tak baik . tapi berubah jadi baik . kalau dulu dah baik, mungkin berubah jadi yg lebih baik. Allah tu memang baik .
berbalik pada kisah aku dan tunang . kami memang kurang keluar berdua . masa dating pun lebih banyak masa denga orang tua dia . dia dekatkan lagi hubungan aku dgn parent dia . dia nak aku ada rasa tanggungjawab yg tinggi untuk orang tua . yelah . even dah kawen nanti kita kenalah rajin jenguk dorang . biar dorang tak terasa hati . tak bjauh hati . yelah . seronok apa double dating kat rumah mak abah . makan sama sama . borak tengok tv sama sama . heeee... :) takpelah sayang lepas kawen saya nak 25jam masa dengan awak . ahahaha . tapi lepas kawen kita dah betul2 busy . sempat ke kita nak 25jam dduk sam sama nanti . heeeee <3 sepanjang setahun perbualan kami lebih kepada persediaan kediaman . rumah nak buat itu . sayang nak renovate nie . sayang nak bilik macam nie . dapur sayang nak macam tu . depan tu abang nak macam nie . hah!macam macam lah kitorang mulut memasing kepohci gila . plan tukar kereta tu WAJIB . hye saga blm . bukan tak sayang dah kat kamu . tapi nanti cik puan nie teringin dari dulu toyota vios TRD dia tu . heee... :) tunang nak HONDA . aku nak VIOS . tapi last2 orang honda minat dekat VIOS TRD . haaa.. nasiblah . ekekeke.... :) doakan perancangan kami berjalan lancar . mintak dipermudahkan ...
okai . takde hadiah hadiah . takde delivery bunga yea... sebab incik tunang kesayangan tengah deman chicken pop . kesian dia . ambil dia dekat pasir gudang . tak boleh masuk rumah . eleh!kita bawak adik lah . kita pun takut nak berdua dengan awak ... hahaha. lawaklah tunang aku ni kadang2 .
okai . picture orang chicken pop tak boleh upload sebabnya... sebabnya seksi tunang kita tu.. <3
pesanan ikhlas dari penaja untuk tunang tersayang :
ehem . ehem .*betulkan anak tekak . hye sayang saya . hye busuk saya . hye omel omel saya . setahun dah kita . awak memang failed ingat tarikh . nak buat macam mana . heee... nanti kawen sayang ajar awak ingat macam macam tarikh . sedialah .. heeee.... syukur sayanga kita nak setahun dah . even kita tak cintan cintun dulu . saya tolak byk kali pun, awak tahu saya sayangkan awak . siapa awak sebelum ini siapa saya sebelum ini semoga menjadi teladan kita sama sama . kesilapan semua orang buat . kita berdua jgk xjauh dari tu . perasaan saya pada awak lebih dari segala galanya . sayang saya pada awak tak terkata . even saya kurang cakap tentang perasaan saya, tapi saya nak awak menilai sendiri . dan awak pun selalu menafikan perasaan awak pada saya, saya jugak tak kesah . sbbnya saya tahu apa yg ada dalam hati awak . in sya allah sayang kita akan bersama tak lama pun lagi . akan jadi keluarga yg sakinah . akan saling menjaga . semoga impian kita tercapai . amin~ takpelah susah macam mana . tapi saya nak bersama dengan awak . kesayangan saya .
pic masa tunang . kemain gemuk . sebab 2bulan abis belajar duduk rumah makan tido aje . <3
No comments:
Post a Comment