Thursday, September 27, 2012

NYESAL dahulu pendapatan NYESAL KEMUDIAN GERAM SENDIRI .

okai  . rse malas nak ade mukaddimah bagai . memang geram lain macam hari ni pagi ni . okai cerita menyesal sebab banyak boifie b4 tunang . memanglah siapa kita kan nak tolak orang dah jatuh cinta at kita . kita yang konon merase diri tu banyak sangat kasih sayang sanggup memberikan semua kasih dan sayang tu kepada semua . bila dah tunang, ramai lah macam dengki iri hati busuk hati semua . pagi2 bukak fb ..bukak inbox ... ade satu msg berbunyi begini .

salam
sy dpt mesej dr ana..kata awk mntak tlg remove picx korang...frankly,i dont like this....
awk n azreen pnah couple...and now xde pe2..sy rasa sy xpernah amik tahu pun...termasuk kes adik
angkat awk kate awk dh de lelaki lain selain azreen.
so,better you solve your own problem..unless
my brother asks me to do so..then i'll do something.
this is not proper..
lagipun until now,die xde pun suruh sy log in account die...
so,please talk to him first..ok.
n seriously i dont like to get involve in your matters...

n...b4 that..make sure dah delete mira's pictures since all of our family

members don't like it. klau dh..tq so much.ok.
salam.


nie mesej dari si kakak ex la... marah pulak kita mintak tolong . niat aku mintak tolong tu sbb aku kesian kalau2 ex aku tu nanti ade gf, gf dia bukak fb dia, ade pic2 aku dan dia . . . kesian gf dia...kesian jugak kat ex aku nak explain panjang lebar pasal retisss yg tak cukup famous nie . jadi niat aku baik kot... memandangkan aku bukan jenis bercakap kasar, aku cakap slow2 lah . aku reply baik2... aku nie memang jenis panas baran pun .tapi tidak lah untuk bermaki-makian di fb . sebab memang aku nie dikira lahir tak menyonsanglah .so boleh berfikir dengan baik dan rasional lah ..bukan EMOSIONAL . nie masalahnya nak mintak tolong aje pun...

okai yang buat aku rasa lagi nak marah n nak cekik adik angkat tu . aku rasa macam biadap aje apesal pulak lah adik angkat celah mana nie boleh plak menkantoikan aku ade bf lain selain ex nie . relexlah...bercinta jaraj jauh normal lah tu.... aku memang suka ade boifie banyak2 . memang jenis camtuh . mana nsem aje jadi boifie aku . eh!hidup ini untuk memilih okai . salah ke kalau aku buat pilihan dalam menuju kehebatan anjakan paradigma ni . sebab tu apa adehal kan kalau boifie2 aku kerja jauhlah xdapat jumpalah . sbb memang aku xkan jumpa semua kot...

itu perangai sebelum bertunang . tapi bila dah bertunang , aku rasa how sweet bercinta pada seorang insan . mesej n call hanya untuk seorang insan  . . memang rasa geli ketiak korang kn? tapi hakikatnya memang sweet bial kita SETIA  . Alhamdullillah .... okai . sekarang macam taknak marah2 sangat sebab dah baik nie iwa dan raga . istifar yang..istifar... ...

Sunday, September 23, 2012

Mula lah BOSAN .

Hye morning all... :) sekarang masih dduk di rumah kerana 1 hb baru masuk kerja . sementara tunggu konvo perlulah kerja bagi mencapai duit dalam poket sendiri . kesian lah mak ayah duit topup pun nak bagi . hik3... kalau nak ape2 mintak mak ayah lagi . jadi dengan kesedaran yang cukup tinggi tu aku dengan baik hati rela hati mencari kerja . hik3.. pasni sapa nak melaram dengan emas boleh lah cari aku okai .
Selain tu sebab munasabab kena cari kerja jugak adalah BOSAN TAHAP CIPANZIII  . yelah dduk umah seminggu dua...sebulan okai lah kan ..nie dah 2 bulan dduk umah , perut pun dah macam tayar spare treler . sebab mak asyik masak . aku tukang rasa merangkap tukang tambah nasi . manalah badan tak macam tayar ye dak?? jadi bila dah kerja nanti bolehlah mencapai kurang berat badan seperti dahulu kala . kalau turun 50 kg balik pun kire okai dah . xpyh lah nak berangan turun sampai 45kg kan...50 kg pun rasa dah berjaya sangat tu . jadi kawan2 semua kena doa kan aku ari2 xde lah nafsu makan macam gorilla nmpk orang okai . masalah bile berat mencecah 59kg nie adalah malasnye buat ape2... tapi untunglaaaa.... 59kg pun ade orang suka . haaha. suka ke? ntah . tapi dah kena panggil sayang kire okai lah tu.. hik3... :)))

Friday, September 21, 2012

Counting The Day ,,,

how serius benda nie? but aku rasa it is a best end of relationship . THANK ALLAH TO GRAB ME HERE. please give your du'a for us . amin .

meniti hari bertukar status kepada yang lebih menjamin kehidupan nanti . semoga dengan restu ini lancarlah perjalanan kehidupan akan datang . amin.

Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin.
Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.
Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran.
Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk bersentuhan, berciuman dan sebagainya.
Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

aku copy and paste aje lah . tak laratlah nak taip satu2 kan . :)
Read more: http://pemaniskata.blogspot.com/2011/11/apa-beza-cinta-sebelum-selepas-kahwin.html#ixzz26K8Cgs9m

Thursday, September 20, 2012

siapakah dia??

TUNANG . rasa kekok giler . act hingga kini tak percaya dah bergelar tunangan orang . . . siapa sangka jodoh kan ,. ingat drama aje ke orang tua jodohkan ? seriously kami merupakan anak yang tak pernah mengetepikan impian harapan orang tua . demi mengeratkan lagi ukhwah kedua famili, kami disatukan dengan harapan kami dapat adapt benda baru . ilmu baru . how seriously??? yea . kami tidak pernah bercinta . hanya setakat mengetahui dia anak bongsu kepada pasangan itu . yea dia tahu aku adalah anak kesayangan pasangan ini . tapi kami bukanlah pasangan bercinta seperti orang lain . kami merupakan pasangan yang bakal berkahwin tahun depan dengan pilihan orang tua dan solat istiharah . bila tak bercinta, perlulah meminta petunjuk Allah . yang mana kita serahkan pada dia jodoh pertemuan kita . okai . berbalik semula cerita kami kini dalam tempoh berkenalan . dia belajar aku suka apa . aku belajar dia suka apa . dia cakap abang sayang . aku cakap yyang sayang abang . okai , memang kami sedang belajar bercinta . belajar menghormati kerja dia. memahami jadual kerja dia . sebenarnya 6hari nie kami masih awal dalam bercinta .masing-masing still tak percaya kami dah bertunang . bangun pagi tengok cincin baru ade 2 kat jari . tengok hp ade pic tunang kami .beru perasan dah bertunang . kiranya jodoh kami merupakan urusan orang tua dan melalui solat istiharah . selebihnya bukanlah kami yang pandai2 . aku tak sangka akan bertunang seawal ini kerana aku pun baru habis stdy .
KENAPA ADA PIHAK YANG TIDAK DIJEMPUT ???

sebabnya ialah memandangkan aku baru shj menamatkan pengajian mana ada duit banyak kan nak support duit makan ke cenderahati ke kan . . . jadi aku hanya menjemput orang2 terapat . yang mana pada aku memang close gilerlah . as long as ade lah wakil dari banyak tempat ...dan aku pula memegang kata2 seorang ustaz yang mana mjlis pertunangan tidak perlu diheboh2kan . bagi mengelakkan bila jdoh tidak kesampaian akan ada aib yg terbuka . aku dan tunang memilih untuk menjemput keluarga dan sedikit kawan baik . begitulah ceritanya ... tapi mulut orang kalau nak terbuka dibuka jugak . . . jadi memilih untuk mendiamkan diri shaja
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan/hebahkan) tentang perkahwinan”
(Hadis Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu’anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Monday, September 17, 2012

Alhamdullillah kini TUNANGAN ORANG

Bismillahhirrahmanirrahim. dengan nama Allah yg pemurah lagi maha penyayang . 16sept2012 selamat sudah majlis pertunangan aku bersama insan yg tak pernah aku cintai dan sayang . but jodoh siapa yang tahu . menolak pada usia 17tahun and end up kami disatukan pada usia aku 22tahun dengan ikatan pertunangan . how is suprise sbb nya kami mempunyai perancangan hidup masing2 . tetapi sebaik-baik perancang adalah ALLAH SAW. Dialah pengatur terbaik . so nanti cerita lain . cuci mata dulu okai .

okai dah kena sarung cincin bermaksud kena setia lepas nie  . :p

okai muka sudah disolek bermakna kena steady aje .

sepupu yg solekkn n orang kuat :)

hantaran dr pihak perempuan .

hantaran pihak lelaki


with tunang .