TUNANG . rasa kekok giler . act hingga kini tak percaya dah bergelar tunangan orang . . . siapa sangka jodoh kan ,. ingat drama aje ke orang tua jodohkan ? seriously kami merupakan anak yang tak pernah mengetepikan impian harapan orang tua . demi mengeratkan lagi ukhwah kedua famili, kami disatukan dengan harapan kami dapat adapt benda baru . ilmu baru . how seriously??? yea . kami tidak pernah bercinta . hanya setakat mengetahui dia anak bongsu kepada pasangan itu . yea dia tahu aku adalah anak kesayangan pasangan ini . tapi kami bukanlah pasangan bercinta seperti orang lain . kami merupakan pasangan yang bakal berkahwin tahun depan dengan pilihan orang tua dan solat istiharah . bila tak bercinta, perlulah meminta petunjuk Allah . yang mana kita serahkan pada dia jodoh pertemuan kita . okai . berbalik semula cerita kami kini dalam tempoh berkenalan . dia belajar aku suka apa . aku belajar dia suka apa . dia cakap abang sayang . aku cakap yyang sayang abang . okai , memang kami sedang belajar bercinta . belajar menghormati kerja dia. memahami jadual kerja dia . sebenarnya 6hari nie kami masih awal dalam bercinta .masing-masing still tak percaya kami dah bertunang . bangun pagi tengok cincin baru ade 2 kat jari . tengok hp ade pic tunang kami .beru perasan dah bertunang . kiranya jodoh kami merupakan urusan orang tua dan melalui solat istiharah . selebihnya bukanlah kami yang pandai2 . aku tak sangka akan bertunang seawal ini kerana aku pun baru habis stdy .
KENAPA ADA PIHAK YANG TIDAK DIJEMPUT ???
sebabnya ialah memandangkan aku baru shj menamatkan pengajian mana ada duit banyak kan nak support duit makan ke cenderahati ke kan . . . jadi aku hanya menjemput orang2 terapat . yang mana pada aku memang close gilerlah . as long as ade lah wakil dari banyak tempat ...dan aku pula memegang kata2 seorang ustaz yang mana mjlis pertunangan tidak perlu diheboh2kan . bagi mengelakkan bila jdoh tidak kesampaian akan ada aib yg terbuka . aku dan tunang memilih untuk menjemput keluarga dan sedikit kawan baik . begitulah ceritanya ... tapi mulut orang kalau nak terbuka dibuka jugak . . . jadi memilih untuk mendiamkan diri shaja
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan/hebahkan) tentang perkahwinan”
(Hadis Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu’anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
No comments:
Post a Comment