Monday, December 31, 2012

Perjalanan 2012 ~

Januari .
1. Aku bangun berdiri sendiri tanpa lelaki . itu kejutan untuk diri aku . 
2. Mencari-cari kehidupan selepas ditinggalkan .
3. Menjadi kuat untuk keluarga.
4. Memaaafkan diri sendiri yang selalu melupakan detik tiap kali bersama bekas kekasih dulu.

Febuari.
1. Bercuti semester bersama kekasih tepi, KAK PYCA,. pendengar setia . pengubat luka . kawan potpetpotpet.
2. Belajar menghargai masa bersama sama adik2 .
3.Fokus pada semester akhir tak lama lagi .
4. Tahan diri dari tidak melihat gambar2 bersama orang lama .
5.Kenangan paling sukar aku nak lupa adalah bersama KAU!

Mac.
1. Mengikuti semester akhir di UiTM Shah Alam. berbaki lagi 4bulan sebelum menggenggam skrol.
2. Menahan rindu pada ibu . taip panjang2 tapi at the end delete msg tu sebab takut .
3. Memasuki dunia kawan2 baik . darling2 kecintaan saya. INTAN NYNA NIDA. mereka mengajar aku erti sabar tak banyak pikir benda lepas.
4. Menjadi pelajar terbaik setiap kali kawan2 mentarbiahkan aku. *serius aku percaya mereka yang berislamik perlu didekati tiap kali kita sebenarnya dah jauh dari Allah.
5. Mengikuti hari hari as a pelajar semester akhir.

April.
1.Assignment yang banyakkkk.
2.Kurang tidur kerana thesis yang hebakkk..
3.Jarang call famili di kampung sebab sesibuk amat.
4. Jarang jugak balik ke kampung .

Mei.
1. Saya bukan menganggu kehidupan sebagai lelaki . kita kawan tapi awak sangkakan lain.
2. Saya memang dilayan baik . cukup baik . saya bak puteri . tapi maaf lagi.
3.  Fokus pada stdy . 

Jun.
1.Have fun dengan darling2 kecintaan . memasing lepas stress b4 major final.
2. Seronok jalan sana jalan sini kami berempat.
3. Perasan plak sejak2 nie astyik cerita kawin2. ahaks!

Julai.
1.Habis dah . habis dah .
2.Sejuk seram sejuk bila jumpa external dari US.
3.yeyh!!!habis study ... tapi sedih sangat bila lepas nie tak tidor satu tilam .tak mandi satu bilik air dengan darlin2 kecintaan aku.
3.Takde dah orang nak peluk cium bila sedih . owh! INTAN NYNA NIDA. :(
4.balik ke pangkuan keluarga tercinta. 

Ogos.
1. Selamat jadi dak umur 22thn . takde orang wish paling first .
2. Raya dengan dia . *kenapa tak jadi dengan dia? *sbb kita bukan menantu pilihan ayah dia lah . 
3. Memutuskan untuk tidak banyak cakap .

Sept.
1. My big day . dilamar oleh incik tunang saya sekarang.
2.Kami tak couple . kami tak sempat bercouple tapi kami bertunang .
3. Semua indah bila nak masuk bulan k3. semua nak sayang sayang nak cintan cinta.
4. Allah itu sebaik baik perancang . ;) terima kasih Allah dengan kiriman insan ini .
5. Jadikan aku insan terbaik untuk dia.
6. Harap sayang awak sama banyak macam saya sayangkan awak :p

Okt.
1. semua baik baik saja . Alhamdullillah . 
2.Mula cari duit . nak kawen cepat wei!! hahaha
3. Start bayar hutang piutang masa zaman stdy  .pinjam kakak . mintak kakak topupkan . pinjam abang . mintak abg masukkan duit nak beli barang2 major projek . hutang keliling pinggang . hahaha
4. Menangis sebab kena kerja jerit jerit jadi ramah2 dengan semua orang . kecik hati betul . 

Nov.
1. please percaya dah sayang incik tunang sangat2 .
2. Kami dah reti rindu2 taw .
3. Jumpa lama lama selalu jadi harapan . tapi biasa harapan menjadi layu  . :p

Dis.
1. BASIC GAJI UP!
2. rezeki nak kawen agaknya . hehehe :p
3. Selalu nak terbaik setiap kali awal tahun baru . amin . 


SELAMAT TINGGAL 2012 . SELAMAT JALAN KENANGAN . SELAMAT BERGERAK MASA . KITA NAK KAHWIN TAHUN DEPAN . HARAP TERCAPAI LAH HE......


p/s : sebenarnya kan aku memang plan 2012 aku mesti dah bertunang . tak sangka memang tercapai matlamat visi misi aku tu . betul lah apa kita cakap nie Allah catatkan . lepas nie nak sebut yang baik baik aje . amin .

Tuesday, December 25, 2012

handsome lawa .

salam semua . act aku pun pelik sebenarnya dengan kalangan manusia . yelah termasuk aku sendiri . memanglah hidup kena reti memilih . tak kesahlah pilih dari segi berharta lah berkereta lah . ade rumah banglo lah . macam macam lah . tapi bab paras rupa nie . . . aku dulu pun masa zaman sekolah rendah selalu berangan angan dengan member 1 kelas . yelah bukan ramai pun dak perempuan kt djh 6 dulu . jadi kalau dduk reramai memang pakat cerita lelaki idaman boifriend idaman  termasuklah suami idaman .*ha ! memang gatal dari dulu rupanya ..ekeke. dalam dalam banyak list kitorang tu mesti masuk sekali part paras rupa tu . 
pakat semua suka yang handsome . yang tinggi lampai . yang putih melepak . dulu memang tengah gila kat yusry kru jadi semualah lelaki idaman memasing ada nama yusry jugak . hahahaha

tetapi sekarang nie pun masih ada kalangan yang gila minat kat impian ada yang handsome lawa lawa belaka . yelah . maksud aku ,  memanglah sapa yang nak pasangan tak handsome tak lawa. tapi please lah jangan judge orang melalui paras rupa . kadang kadang tu yang tak handsome tu lagi bagus apa . kadang kadang dia punya sayang tu lagi lain macam . maksudnya kalau dorang ada awek ke ade isteri ke yang memang cun melecun thap snow white pun dia memang jaga kau lelebih lah . kadang kadang perasaan sayang dorang lagi hebakkk ... yang tak lawa pun nie pun kadang2 lagi bagus dari yang lawa tu . dorang lagi hebak bab memasak . dorang lagi bagus bab menyelesaikan masalah . yelah  . Allah itu ADIL . MAHA ADIL . Allah bagi dia kekurangan part paras rupa tapi dia ada kelebihan bab memasak menghormati semua .  yelah aku pun ngaku lah aku pun tak lawa mana (tapi manis tu ada . tengok tahi lalat kat mana lah kan )  memang kadang kadang bila nak berangan tinggi sangat nak ada boifie handsome2 cepat cepat toleh muka kat cermin . dalam hati tu ada ke orang nak . pikir balik dalam diri tu dahlah tak lawa banyak plak kekurang dalam diri .nak banggakan celah mana pun tak tahu .memang kurang semata-mata jadi bila nak ada pasangan yang handsome tu memang tidaklah . tetapi rezeki kita kita manala tahu . bila kita tak cantik kita kurang part mana2 Allah dah tetapkan yang perempuan yang bergelar isteri tu berasal dari tulung rusuk si suami dia . 

jadi kalau rerisau sangat , "aku tak handsome . aku tak macho  . au tak cukup smart " jangan risau! Allah dah tetapkan kau mempunyai kesempurnaan 1 hari nanti . jangan kau toleh yang belakang tu . toleh yang depan nie . tengok jalan masih panjang . pasti ada hikmah di sebalik penciptaan . kalau perempuan pulak jangan tibe tibe cakap " aku gemok . aku banyak jerawat . aku tak cantik . muka aku macam kawah bulan " NEVER !NEVER!NEVER! TAK mahu dah cakap macam tu . CHEER UP! kita kena jadi orang maju untuk diri sendiri . puas puaskan pujikan diri sendiri . come on lah yang tak lawa tak cantik tu lagi bagus apa . kita tak risau orang nak ngorat kita . kita selamat dari godaan2 nakal lelaki . kalau bab jodoh pun jangan tibe tibe risau tak kawen ke hape . Allah itu ciptakan kita memang ada pasangan kita . memang tak sempurnanya kita tu ada yang sempurnakan . 

ingatan untuk diri sendiri sebenarnya . kadang kadang tu aku pun pernah rasa down gemuklah muka tumbuh jerawatlah . tapi aku down untuk 5minit aje . lepas tu aku pergi kat emak ayah aku, aku tanya dorang berdua . "aye cantik tak mak ayah?" jawapan dorang memang jujur  . please tanya darah daging korang sendiri . sebab dari mereka dari usaha mereka kita ada kat muka bumi nie . doa dorang nak kita nie . kita ada nie sebab permintaan mereka pada Allah . jadi biar mereka yang beri keputusan sama ada kita handsome ke lawa ke tak lawa . jawapan mak ayah kita " lawa . sebab lawa awak dari kecantikan mak " SEE??? jujurkan mereka ? ayah bukan puji kecantikan kita aje . tapi ayah double puji kecantikan emak kita pulak . jadi please kawan kawan yang dah down habes tu . bangun !bangun !tak usah menangis kerana ditinggal kekasih sebab gemuk . sebab hitam. sebab jerawat banyak . sebab awak yang gemuk yang hitam yang jerawat banyak nie lah yang akan BANYAKkk membantu dia menangis ketika ada masalah semua . 

P/S : mood menulis entry nie sebab sorang junior menangis sebab kena tinggal dengan boifie dia . alasannya sebab lelaki tu dapat perempuan lagi cantik lagi seksi . boleh pergi mana lah dik oii kalau dapat yg seksi . bawak awak ke lembah dosa mungkin . sabar adik . sabar banyak banyak . nanti akan digantikan dengan yang lebih dari boifie tak guna awak tu .

Monday, December 24, 2012

3bulan sudah ;)

Alhamdullillah meniti sudah 90hari lebih bergelar tunangan muhammad fairdh . jejaka bongsu pasangan romantis sedunia . ececeh... act bakal mak n abah mertua aku memang sesweet habes . sebab tu kalau aku memang harap dapat sesweet gtu . eceh! hahaha . seronok lebih kepada seronoklah . even jumpa 2minggu sekali . itupun tidak lah berjam jam tapi at least dapat jumpa . malu malu juga kalau nak bgtaw rindu ke hape takut tersalah cakap . jadi biasa pendam2 ajela .... 

sepanjang 3bulan tunang nie 2bulan awal tu aku dengan dia asyik miss aje . lupa kalau kitrang nie dah btunang . jadi biasa yang ingat nie mestilah kakak n mak aku . hahaha. lepas tu buat muka tak bersalah bila dorang yang ingatkan . biasa memang lupalah ... tak tahu ingat apa. okai . pada awal tunang tu perasaan biasa2 aje . still msg dengan kawan2 laki semua . still tak msg tunang call sangat . kadang2 ajela sebab tak rasa sangat rasa sayang tu  . memang tidaklah nak loving aje perasaannya . tapi pelik perasaan masuk bulan ke 2 . asyik cari tunang . asyik tengok hp, asyik nak bukak laptop nak tengok pic2 incik tunang . okai memang jujurlah lebih rasa rindu dah nak otw bulan ke 3 tu . tapi rahsia masih dijaga dari pengetahuan incik tunang . biasalah mana boleh nak cerita2 kat dia kalau rindu ke hape /. hehehe

lepas dah 3 bulan tu, baru kelmarin keluar masa dia datang jemput balik kerja . yelah cuti tak sama jadi memang susahlah nak keluar lama2 tapi alhamdullillah sebab dapat tunang yang matang,pandai bahagikan masa even penat ke hape gigih amik dari pasir gudang ke kota tinggi .bawak jalan2 cari barang2 sikit lepas tu pergi makan . sebab incik tunang kita lebih tua memang dia ajela keluar kan cik money . hehehe. kita muda lagi tak banyak duit macam incik tunang ekeke... *maaf incik tunang saya suka awak keluarkan duit :p

cerita segan sangat bila before incik tunang nak balik rumah emak dia di tenggaruh 1, adik2 n emak aku kantoikan apa aje aku selalu bebel2 kat dorang . memang semua rahsia telah terungkap memang segan betul . tapi nak macam mana mulut dorang lebih handal dari kata2 aku . incik tunang plak kemain dengar dengan kusyuk . pergh!segan tahap gaban . alamakkk!! lepas nie kena berhati2 kalau nak luah rasa rindu depan adik2 ke depan mak sendiri . takut nanti lepas nie kena malukan lagi . huhhuuhhu...

serius sekarang life makin terjaga . semua benda nak ajak discuss dengan incik tunang . dari nak beli kereta ke , dari nak beli barang kemas ke semua beritahu incik tunang then cari solution sama2 .seronok betul... eheheheh.... tetapi memanglah rasa bila dah bertunang rasa tenang aje . kerja pun jadi lancar aje . . . hikmah tau bila before nie tak delah falling in love . rasa memang takdelah sukakan dia . tapi pelik bila masa pulak aku suka dia and aku boleh accept dia . pergh!rasa tak reti nak cerita panjang2 tapi memang tapi manjang sebab macam smooth sangat perjalanan kisah kitorang . 

okai . sekian 3 bulan lebih bergelar tunangan orang ;)

Tuesday, December 4, 2012

24hb dah berkonvoi dua kereta ke rawang shah alam . satu kereta abang aku . dia bawak mak ayah n adik2 aku . yang satu lagi aku dengan incik tunang . disebabkan tunang aku tak cukup tidur sebab ot mlm tu kat office,aku consider sambung drive dari ayer keroh sampai rawang .
before masuk homestay tu aku tumpang sembahyang dulu kat umah intan . sebab homestay tu dekat2 dengan umah intan . kira gerak esok sama2 lah nanti .
incik tunang apply cuti 4hari, aku pulak aplly cuti 3hari . cuti tidak bergaji . lain pulak dengan tunang aku dia apply cuti tahunan . eleh . menyampah! hahaha.

sesampai di rumah homestay yg kotor tu . aku biasalah dah muncung tirus kan sebab dahlah kotor pula tu xde iron  . memang aku ngamuk ajela...yang incik tunang pula pembersih orangnya masuk2 hoemstay terus bersin2 macam hape . terus amik sapu then sapu homestay tu . aku pulak dia suruh pergi kedai carilah apa2 asal kan aku tak muncung2 . memang incik tunang baik hati . mak aku pulak tolong incik tunang aku pergi mop umah tu semua . aku balik2 kedai terus sabun n berus toilet tu . lepas dah settle semua aku mandi n solat . incik tunang pun sama dengan lah . okai .

malam tu aku duk layan bola thai-filipina . layan bola sampai tertido . incik tunang pulak tido dalam bilik . tido dengan adik2 aku . ayah mak aku dah bom masuk tido siap kipas pusing laju . akulah tido sorang2 atas sofa depan tv tu . pukul 4 macam tu dah bangun sebab bunyi bising . pulak tu aku tak selesa kot . iron baju semua orang ...

lepas siap then  sarapan yang tunang belikan pagi tu, kitrg trus keluar dari homestay tu . family intan dah tunggu . so terus gerak ke shah alam .

sesampai tu kire awal sangat, kitorang reramai amik gambarlah apelah . lepas tu kena naik bus yg uitm sediakan . lepas tuh beli bunga apela macam2...

then sampai dewan kena tuggu lagi . n tepat pukul 1.30 ptg kitorang masuk dewan . yang boleh masuk cuma mak ayah aku aje...yang lain kena duduk luar dewan yang panas terik tu . so aku taknak cerita ape2 lah . tengok gambar ajela...

bersama incik tunang  dan bunga ros pemberian.


 bersama darling darling kita nangis peluk susah sama2

                                  super duper major love kita . mak ayah yang selalu bersama .