salam semua . act aku pun pelik sebenarnya dengan kalangan manusia . yelah termasuk aku sendiri . memanglah hidup kena reti memilih . tak kesahlah pilih dari segi berharta lah berkereta lah . ade rumah banglo lah . macam macam lah . tapi bab paras rupa nie . . . aku dulu pun masa zaman sekolah rendah selalu berangan angan dengan member 1 kelas . yelah bukan ramai pun dak perempuan kt djh 6 dulu . jadi kalau dduk reramai memang pakat cerita lelaki idaman boifriend idaman termasuklah suami idaman .*ha ! memang gatal dari dulu rupanya ..ekeke. dalam dalam banyak list kitorang tu mesti masuk sekali part paras rupa tu .
pakat semua suka yang handsome . yang tinggi lampai . yang putih melepak . dulu memang tengah gila kat yusry kru jadi semualah lelaki idaman memasing ada nama yusry jugak . hahahaha
tetapi sekarang nie pun masih ada kalangan yang gila minat kat impian ada yang handsome lawa lawa belaka . yelah . maksud aku , memanglah sapa yang nak pasangan tak handsome tak lawa. tapi please lah jangan judge orang melalui paras rupa . kadang kadang tu yang tak handsome tu lagi bagus apa . kadang kadang dia punya sayang tu lagi lain macam . maksudnya kalau dorang ada awek ke ade isteri ke yang memang cun melecun thap snow white pun dia memang jaga kau lelebih lah . kadang kadang perasaan sayang dorang lagi hebakkk ... yang tak lawa pun nie pun kadang2 lagi bagus dari yang lawa tu . dorang lagi hebak bab memasak . dorang lagi bagus bab menyelesaikan masalah . yelah . Allah itu ADIL . MAHA ADIL . Allah bagi dia kekurangan part paras rupa tapi dia ada kelebihan bab memasak menghormati semua . yelah aku pun ngaku lah aku pun tak lawa mana (tapi manis tu ada . tengok tahi lalat kat mana lah kan ) memang kadang kadang bila nak berangan tinggi sangat nak ada boifie handsome2 cepat cepat toleh muka kat cermin . dalam hati tu ada ke orang nak . pikir balik dalam diri tu dahlah tak lawa banyak plak kekurang dalam diri .nak banggakan celah mana pun tak tahu .memang kurang semata-mata jadi bila nak ada pasangan yang handsome tu memang tidaklah . tetapi rezeki kita kita manala tahu . bila kita tak cantik kita kurang part mana2 Allah dah tetapkan yang perempuan yang bergelar isteri tu berasal dari tulung rusuk si suami dia .
jadi kalau rerisau sangat , "aku tak handsome . aku tak macho . au tak cukup smart " jangan risau! Allah dah tetapkan kau mempunyai kesempurnaan 1 hari nanti . jangan kau toleh yang belakang tu . toleh yang depan nie . tengok jalan masih panjang . pasti ada hikmah di sebalik penciptaan . kalau perempuan pulak jangan tibe tibe cakap " aku gemok . aku banyak jerawat . aku tak cantik . muka aku macam kawah bulan " NEVER !NEVER!NEVER! TAK mahu dah cakap macam tu . CHEER UP! kita kena jadi orang maju untuk diri sendiri . puas puaskan pujikan diri sendiri . come on lah yang tak lawa tak cantik tu lagi bagus apa . kita tak risau orang nak ngorat kita . kita selamat dari godaan2 nakal lelaki . kalau bab jodoh pun jangan tibe tibe risau tak kawen ke hape . Allah itu ciptakan kita memang ada pasangan kita . memang tak sempurnanya kita tu ada yang sempurnakan .
ingatan untuk diri sendiri sebenarnya . kadang kadang tu aku pun pernah rasa down gemuklah muka tumbuh jerawatlah . tapi aku down untuk 5minit aje . lepas tu aku pergi kat emak ayah aku, aku tanya dorang berdua . "aye cantik tak mak ayah?" jawapan dorang memang jujur . please tanya darah daging korang sendiri . sebab dari mereka dari usaha mereka kita ada kat muka bumi nie . doa dorang nak kita nie . kita ada nie sebab permintaan mereka pada Allah . jadi biar mereka yang beri keputusan sama ada kita handsome ke lawa ke tak lawa . jawapan mak ayah kita " lawa . sebab lawa awak dari kecantikan mak " SEE??? jujurkan mereka ? ayah bukan puji kecantikan kita aje . tapi ayah double puji kecantikan emak kita pulak . jadi please kawan kawan yang dah down habes tu . bangun !bangun !tak usah menangis kerana ditinggal kekasih sebab gemuk . sebab hitam. sebab jerawat banyak . sebab awak yang gemuk yang hitam yang jerawat banyak nie lah yang akan BANYAKkk membantu dia menangis ketika ada masalah semua .
P/S : mood menulis entry nie sebab sorang junior menangis sebab kena tinggal dengan boifie dia . alasannya sebab lelaki tu dapat perempuan lagi cantik lagi seksi . boleh pergi mana lah dik oii kalau dapat yg seksi . bawak awak ke lembah dosa mungkin . sabar adik . sabar banyak banyak . nanti akan digantikan dengan yang lebih dari boifie tak guna awak tu .
No comments:
Post a Comment