okai . takde suprise petik gitar ke bawak lilin kat tempat gelap ke ape semua . takde . takde . takde he booked pusat karoke untuk celebrate birthday ke hape bawak kawan2 semua joget macam nak gila . takde takde . semua tuh takde tu semua masa sambut birthday di zaman jahiliah . kira loser habis sebab banyak sangat membazirkan masa remaja dengan perkara sia2 sampai melupakan niat sebenar.
takde suprise present untuk tunang aku nie ha . kesian dia ... tapi tulah bila dia dah request hadiah siap2 sebenarnya . jadinya aku takdelah prepare pape present untuk dia .
17mei nie keputusan exam ptd tu ha! jadi si dia awal2 dah mintak result tu sebagai hadiah ulang tahun dia . dia berharap sangat dapat jawatan tu . kalau dah dia berharap macam tu apatah lagi aku yg tuan punya badan pergi exam hari tuh kan . serius memang berharap gila2. bolehlah cerahkan masa dpan yg tak bape nak clear sangat nie .hahahah....
so, untuk birthday tunang aku nie kami sama2 tunggu tarikh 17mei tulah kalau dapat panggil interview kira hadiah lah untuk fairdh . tapi kalau tidak ada rezeki dipanggil, aku kenalah sediakan hadiah lain untuk dia . time tuh bolehlah pikir2 kan apa yg ptot aku sediakan untuk dia . at least adalah barang yg boleh dijadikan kenangan . eceh!
act memang dalam pale hotak dah nak bagi satu benda nie tapi still berharap boleh bagi dia result gempak untuk dia sebagai hadiah hari jadi dia . even lah aku nie jarang sangat bermesra dengan dia, tapi di dasar hati ni sayang kot pada dia . macam kalau boleh apa yg terbaik nak bagi kat dia . ha!nie serius aku btul2 kot dah sayang dia . giler apa tak sayang . 7bulan dah pun usia pertunangan kita dari takde pape rase . dari takde pape hubungan kami mengikat dengan tali pertunangan serius kalau orang lain rasa dah lari kot . tapi aku tak lari lah . aku suka kot kat dia dulu . kalau tak suka tak kan lah aku nak datang umah dia setiap kali hari raya . hahaa....
yang paling aku tak tahan tu sekarang gigih kot belajar masak . ha! mana ada dulu nak rajin masuk dapur ke ape kan . kalau mak panggil pergi dapur barulah pergi . tapi sekarang tak lah . tiap kali bukak esbox aje, tengok tengok jengah jengah barang yg ada. terus dapat idea nak masak apa. nie lah dia antara penangan orang nak kawen . mulalah nak pikir resipi2 untuk dah kawen nanti xdelah kos tinggi nak makan kat kedai aje . eceh! tapi aku rasa kalau dah kawen nanti aku mesti request suami aku tu nanti bagi aku honeymoon seminggu dulu tak payah masuk dapur. hahahaha. lepas seminggu tu barulah nak masuk dapur tak keluar keluar .haaaha.
tapi apa pun aku rasa SYUKUR sangat2 dengan kedatangan tunang aku nie . 1perkara yang aku rasa aku berubah gila adalah .. kejahilan aku bab menghormati hak2 orang . hak2 orang nie aku seorang ajelah yg paham . ha~serius bila ada kat sisi dia aku rasa segan sangat . rasa rendah diri gila bila diri sebelah dia . memang aku hormat sangat kot prinsip dia . terima kasih sayang . .awak didik saya dengan cara yg lain . dan saya sukakan cara awak syggg.. <3
dalam banyak2 perkara dalam tempoh pertunangan kami nie . aku macam paling duk suka senyum sendiri sensirang nie bila teringat kitorang kalau keluar mesti pergi pasar . ha!tak tahulah kenapa maybe hobi suka makan atau dia yg sangat suka memasak . seronok betol sama sama pilih lauk . pilih ikan . pilih udang pilih ketam . pilih sayur . semua lah kami buat sama sama kadang2 tu dia pun ajar aku pilih cili yg segar . tunjuk bawang yg elok saiznya . . . memang dia bagus gilalah . memang hebakkk kot dia . memang teruja gila bila ada kat sisi dia . even dia selalu buli aku . suruh aku jadi driver dia tiap kali dating , tapi takpelah aku seronok apa . bagi dia lelap kejap pun jadilah yelah dia kerja sampai lewat malam . kumpul OT banyak banyak . yelah dah peant kerja, bila cuti amik leave semua nak keluar dengan aku pulak . jadinya memang aku pun kenalah menghargai pengorbanan dia yg sanggup amik leave untuk sama2 ada dengan aku bila aku cuti . sayang, saya berterima kasih sangat2 taw <3
sempena ulang tahun abang yang ke-28 nie . sebagai tunang yang nakal yang banyak kepohnya. yang manja tak kira masa nie . sayang ucapkan selamat hari ulang tahun . semoga abang panjang umur (jgn mati dulu he . kita kena kawen ade anak kembar reramai ) , dikurniakan rezeki dari Allah (awak kena kerja rerajin sebab nanti kawen kita duduk berdua . awak kena sediakan semua keperluan saya dan anak2) , diberi kesihatan yang baik (awak kena sihat selalu sayang sbb kalau awak sakit nanti semangat saya akan pudar . sebab saya nak jaga awak jangan biar awak sakit) dan paling penting sayang.... saya doakan semoga PERCINTAAN kita ini kekal ke jinjang pelamin ( saya nak kahwin dengan awak . sebab awaklah lelaki yang baik yang berani masuk minang saya even awak tak pun cintakan saya . tapi awak percaya penantian 5tahun bukanlah satu hal yg sia2 ) TERIMA KASIH banyak banyak sayang .
SAYA TAK SAYANGKAN AWAK ABANG TAPI SAYA TERAMAT CINTAKAN AWAK .
sekarang barulah saya tahu betapa ruginya saya menolak awak sampai 3kali adalah paktor kenapa saya selalu gagal dlm hbgn . sebab ALLAH nak kurniakan untuk saya yang kekal selalu di hati saya . saya tak marah pun awak busy . saya tak marah pun awak jarang mesej saya. saya tak dengki pun awak tak call saya . sebab saya percayakan awak . tapi saya tak cemburu pun dekat awak taw. saya bagi awak masa mengenali saya . dan saya jgk begitu .
your love,
SAYANG ;)
No comments:
Post a Comment